1. Gajah Mammoth
bbc.com |
Mammoth atau Gajah Mammoth adalah beberapa spesies dalam genus Mammuthus, spesies Gajah yang mempunyai gading panjang dan lengkok manakala spesies utara, mempunyai bulu yang panjang.
Mereka hidup pada zaman Pliocene (kira-kira 5 juta tahun dahulu) sehingga zaman Holocene iaitu kira-kira 4,500 tahun dahulu di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Mereka tergolong dalam keluarga Elephantidae yang termasuk dua genus Gajah Moden.
2. Kucing Bergigi Pedang
dinoanimals.com |
Smilodon (10,000 tahun dahulu) merupakan seekor haiwan yang telah pupus dan telah hidup dari Awal Pleistosen hingga Akhir Pleistosen. Fosil Smilodon telah banyak ditemui di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Saiz Smilodon pernah mencecah sepanjang 2.5 meter.
Smilodon merupakan contoh unggul haiwan bergigi pedang atau dikenali sebagai kucing bergigi pedang walaupun tiada kaitan dengan harimau atau kucing. Ciri istimewanya ialah sepasang gigi taring atas yang besar dan runcing seperti pisau.
Cara buruan Smilodon ialah dalam kumpulan atau serang hendap masih dibincangkan dengan menjadikan mamot berbulu atau sloth besar sebagai mangsa. Ia menusuk leher dan menunggu hingga mangsa mati kerana kehilangan darah.
3. Harimau Tasmania
mongabay.co.id |
Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke-20.
Binatang ini disebut sebagai harimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang, namun ada juga yang menyebutnya serigala Tasmania, dan secara percakapan juga disebut harimau Tassie (atau Tazzy) atau cukup harimau saja.
Binatang ini adalah spesies terakhir dari genusnya, Thylacinus. Sebahagaian besar spesiesnya ditemukan dalam bentuk fosil yang berasal dari awal zaman Miosen.
4. Badak Licin
bombastis.com |
Badak licin (Coelodonta antiquitatis) adalah spesies badak yang sudah pupus yang biasanya terdapat di benua Eropah dan Asia utara.
Badak ini mempunyai badan yang panjang dan kaki pendek. Tanduk depan badak dilindungi oleh kulit tebal, berbulu. Menurut penyelidikan, badak ini punah kerana pengaruh musim sejuk dalam jangka panjang.
5. Procoptodon
australianmuseum.net.au |
Procoptodon adalah sejenis genus kanggaru yang hidup di Australia semasa zaman Pleistocene. Procoptodon goliah, yang dikenali sebagai kanggaru yang pernah wujud, berdiri kira-kira 2 meter.
Itulah Haiwan Yang Hidup Pada Zaman Air Batu